Saturday, November 6, 2010

Di sebalik bahtera Nabi Nuh

Post aku kali ni menyingkap kerenah-kerenah para penumpang kapal Nabi Nuh.
(Korang tau kan kisah pasal kapal Nabi Nuh tu...? Takkan nak aku repeat balek kot.. Dalam tv pun dah siap ada 'tribute' dah pun.. Perghhh)


Tersebutlah kisah~


Diriwayatkan bahawa yang pertama-tama naik ke atas kapal Nabi Nuh adalah dari jenis burung dan yang paling akhir naik adalah dari jenis keldai. Pada saat-saat akhir itulah iblis jugak nak tumpang dua tiga kaki (takut air kot, diorang kan diperbuat drpd api) dengan bergayut pada seekor keldai.
Jadi tersedia maklumlah kita ya anak-anak kalau dah ada iblis adalah rancangan mereka yang serba 'kreatif' 'inovatif' 'positif' dan tif-tif yang lain.


Setiap jenis makhluk pun naik ke atas bahtera tu, tapi hanya sepasang-sepasang sahaja. Sehingga hingar bingar riuh rendah hiruk pikuk (hiruk pikuk tu aper aa lupa da) lintang pukang lemah longlai 'bising bango' (bahasa terengganu) dan sesaklah bahtera Nabi Nuh itu. Bermacam-macam bunyi sound voice dari berbagai-bagai volume kedengaran dan kerenah mereka yang macam binatang takde akal (walaupun hakikatnya binatang memang tak dianugerahkan akal) membuat teman- teman Nabi Nuh risau dan khuatir dan bimbang dan terganggu. Mereka khuatir binatang-binatang yang bermusuhan itu bergaduh di atas perahu di samping mencuri makanan persediaan mereka.


"Wahai Nabi Allah! Kami khuatir binatang-binatang ternakan yang kami bawa akan ditargetkan sebagai mangsa oleh serigala." kata umat Nabi Nuh.


Nabi Nuh menyampaikan laporan umatnya itu kepada Allah. Ketika itu juga Allah membuat si serigala diserang penyakit demam hingga hilang selera makan. Badan mereka menggigil hingga tidak larat untuk menangkap kambing atau binatang-binatang ternakan lain yang seketurunan dengan nya yang boleh dijadikan sebagai mangsa yang ada di hadapan mereka. Maka selamatlah binatang-binatang ternakan itu. Serigala itulah yang mula-mula terkena penyakit  demam panas di muka bumi ini.

Setelah itu, umat Nabi Nuh melihat pula gandum dan buah-buahan yang mereka bawatelah mula dicuri oleh tikus secara sorok-sorok.

"Wahai Nabi Allah, persediaan makanan dan barang-barang kami telah dimakan dan dikorek oleh binatang-binatang perosak itu." lapor mereka lagi kepada Nabi Nuh.

Sekali lagi Nabi Nuh berdoa kepada Allah. Maka ketika itu juga Allah membuat harimau diserang penyakit selsema lali batuk dan bersin kuat-kuat. Mendengar bunyi bersin harimau, kucing yang sedang tidur terkejut dan melompat keluar kerana takut. Akibatnya, tikus yang sedang mencuri makanan dan mengorak barang-barang itu lari lintang pukang ketakutan dan menyembunyikan diri. Selamatlah makanan dan barang-barang mereka.

Macam-macam idea bijak syaitan, tapi Allah lah yang paling bijak. Subhanallah.


KISAH AKAN DATANG:
SAIDATINA AISYAH JEALOUS?!

Tuesday, November 2, 2010

Aku ingin berdakwah!

Nothing can stop me. Not even the fullstop.

"Kamu ialah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan kamu pula beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab itu beriman, tentulah ia lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka ialah orang yang fasiq"

Kita memang ialah umat terbaik. Entah kenapa kalau aku pergi sekolah, pergi bandar, pergi beli barang even kat kedai runcit je pun, entah kenapa aku tak rasa macam kita semua ni umat terbaik. Kalau lah diberikan pilihan, aku nak sangat lahir dan tinggal kat negara (kalau wujud) yang mengamalkan ajaran islam dengan sebenar-benarnya. Yang di mana di sepanjang jalanan di situ hanya satu peratus (atau ke bawah) sahaja wanita yang kelihatan. Kerana maruah yang harus dijaga. Kerana tiada tujuan bagi mereka yang tinggal di rumah itu untuk keluar. Kerana mereka wanita islam.

Aku sekarang ni cuba mengelak untuk keluar rumah. Sekolah pun aku tak pergi. Banyak sangat maksiat. Aku sedih. Kawan-kawan aku asyik cerita kisah 'sweet' diorang dengan boyfriend diorang dekat aku. Aku tersnyum di mulut tapi di hati menangis, hanya Allah yang tahu. Kalau diikutkan, aku ni masih baru dalam mendalami ilmu islam. Bukan baru memeluk islam, aku sudah 15 tahun lebih memeluk islam. Mungkin baru sekarang aku diberikan hidayah untuk berubah. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur aku mendapat hidayah. Jadi aku takut untuk berdakwah. Untuk menegur aurat pun aku tak berani. Aku hanya mampu berdoa agar kami semua diampunkan dan dibimbing dan ditetapkan di jalan yang benar, hingga ke hembusan nafas kami yang terakhir. Aku tak mempunyai otak yang berseni, aku tak mampu berdakwah melalui video seperti di dlm blog salafus-sholih. Aku tak pandai berkata-kata. Aku nak sangat bagitau kawan2 aku tentang diri mereka yang digunakan sebagai senjata oleh syaitan. Tapi aku tak mampu. Ya Allah Ya Rabbi, berilah hamba kekuatan dan keberanian. Janganlah dihumbankan kami ke dalam azabMu. Ampuni hamba.

Aku tak pandai menyampaikan dakwah macam penulis-penulis blog yang lain. Entahlah. Mungkinkah aku sendiri yang tak mencuba? Entahlah. Mungkinkah kerana syaitan yang menyukarkan aku? Entahlah.
(Aku ni kenapa?! sikit2 salahkan syaitan. haduihhh)

"Maka disebabkan rahmat Allah S.W.T kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri daripada sekeliling kamu. Oleh itu maafkanlah mereka, mohonlah keampunan bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu membulatkan tekad maka bertawakkal lah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal kepadaNya."

Berbalik kepada negara impian aku tadi. Aku juga inginkan politik yang bagus. Contoh nya para pembesar parti-parti yang berlainan, walaupun mungkin berbeza pendapat, ada perselisihan faham (kalau kat negara kita ni macam umno & pas) tp tujuan mereka sama. Untuk membangunkan umat islam, demi Allah, demi mencari keredhaan Allah.

Aku juga inginkan satu negara yang wanita-wanita nya tidak ada satu pun yang menyerupai wanita jahiliyah. Tak ada seorang pun yang pakai make-up tebal2, takde bunyi loceng berkerincing pun di tangan dan di kaki. Sampaikan penjual gelang kaki dan gelang tangan loceng semuanya bankrap HAHAHA.

Banyak lagi sebenarnya ciri-ciri kediaman idaman aku. Yang pentingnya adalah berasaskan undang-undang islam sepenuhnya. Mungkinkah Malaysia akan menjadi seperti itu satu hari nanti? InshaAllah, walaupun kedengaran agak mustahil, tapi Allah sahaja yang berhak menentukan itu. Dan selagi Allah belum menentukannya, kita harus berdoa. Berdoa tu kan senjata orang islam. Orang yang bukan islam pun tak boleh berdoa kat Allah macam kita. Yakinlah dengan doa kita, inshaAllah akan termakbul satu saat nanti.


ANDAI ALLAH MENGIZINKAN,
KENAPA KITA MERAGUI LAGI?
AKU TELAH BENAR-BENAR MATANG

Mari melumur! (Kisah isteri Rasulullah)

Ini kisah pasal salah dua orang isteri baginda iaitu Ummul Mukminin Aisyah r.a dan Saudah r.a
(Saidatina Aisyah adalah isteri baginda yang paling aku suka. Beliau sangat lah childish, sangat membahagiakan, sangat menjaga maruah diri, bersemangat jihad yang tinggi, dan kulit beliau putih kemerah-merahan dan aku percaya adalah JAUH lebih molek daripada kulit charles darwin HEHE)

 Rasulullah sering duduk di samping beberapa orang isteri baginda tapi tidak terjadi apa-apa perselisihan atau pergaduhan, berbeza dengan isteri-isteri masa kini (aku ni asyik nak cari gaduh je kann) kerana diorang hidup dalam keadaan saling bantu membantu. So nak dijadikan cerita, satu hari saidatina Aisyah membuat/memasak sejenis makanan iaitu khazirah.

Khazirah = makanan yang diperbuat daripada daging yang dipotong kecil-kecil. Kemudian dimasukkan air yang banyak lalu dimasak dan dituangkan tepung ke atasnya. Nahh, dah siap pun. Bagi untuk rupa yang lebih menarik, hiaskan dengan cendawan yang berbentuk seperti payung yang belum dibuka.
*Part yang hiasan tu jangan diambil serious harap maklum.

Aisyah membawa satu bekas khazirah yang dibuatnya itu kepada Rasulullah SAW yang ketika itu sedang bersama Saudah. Aisyah duduk di samping Saudah lalu menghidangkan makanan yang dibawanya.

"Sila makan," kata Aisyah kepada madunya itu.

Akan tetapi Saudah tidak mahu makan, sehingga Aisyah menyuruhnya lagi. Saudah tetap tidak mahu makan.

"Engkau makan khazirah ini atau aku lumurkan pada mukamu," Aisyah yang kiut miut itu mula mengugut.

Walaupun sudah 'diugut' sedemikian rupa, Saudah tetap tidak mahu makan. Aisyah memasukkan tangannya ke dalam khazirah tersebut, mengambil setapak tangan penuh, lalu dilumurkan ke muka Saudah. Rasulullah tertawa hingga menampakkan gigi serinya melihat muka Saudah berbedak makanan khazirah.

Kemudian Rasulullah menekan peha Aisyah sehingga tidak dapat bergerak dan menyuruh Saudah agar membalas tindakan Aisyah. Dengan sepantas kilat Saudah mengauk/mengaut/mengait segenggam khazirah itu dan dilumurkan ke muka Aisyah. Jadilah kedua-dua isteri Rasulullah SAW berbedak khazirah.
Baginda pun tertawa melihat gelagat mereka berdua.

Heheh yang untung dalam situasi tersebut mestilah Rasulullah, dapat makan khazirah. Dapat isteri yang sering menghiburkan hati baginda, dan dapat menambah kenangan indah antara baginda dan isterinya memandangkan beginda sering sibuk dengan dakwah, perang, dan sebagainyalah.

Aku sangat suka baca kisah berkenaan Saidatina Aisyah. Entah lah kenapa. Mungkin sebab sikap kebudak-budakan / keanak-anakkan / kekecil-kecilan / kesweet- sweetan / kecomel-comelan dan kesebagai-bagainya.


TAMAT untuk kali ini.
Aku ada banyak lagi kisah-kisah lain
yang best untuk dikongsi
(walaupun kenyataannya
hanya aku seorang
yang membaca blog aku nih,
takpe aku tak kisah pun.)
so stay tuned!
SALAM  ALAYKUM

Monday, November 1, 2010

The truth of charles darwin.

opss lupa nak tambah sket kat title tuh..
'that you wouldn't even bother to know,'

a)


 b)



So, selapas menjelajah ke selurh pelosok/pelusuk (BM aku lemah sket) dunia, akhirnya aku telah mengetahui lapan kebenaran hodoh yang berbogel (the naked ugly truth) tentang Charles Darwin:

1. Gambar a) adalah gambar charles darwin ketika muda.

2. Gambar b) adalah gambar charles darwin ketika 'senja'.

3. Charles Darwin adalah seorang lelaki.

4. Charles Darwin mengatakan bahawa kita (merujuk diri aku dan semua pembaca la, takkan yang membaca ni kambing kot) berasal daripada apes. Aku tak sure apes tu apa, beruk ke, gorila ke, orang utan ke, mawas ke, chimpanzi ke, tapi spesis camtu lah.  HAHA kalau ni dikatakan fakta, baru aku tau rupa-rupanya beruk/gorila/orang utan/mawas/chimpanzi tu lagi bijak 'akal' nya daripada kita sang manusia ni.. Macam-macam diorang yg 'berakal' ni cipta kan..
Aku tak boleh nak listkan semua nya kat sini, terlalu banyakkkk kehebatan mereka!

5. Janggut Charles Darwin dalam gambar b) bercolour putih.

6. Charles Darwin kelihatan agak hensem dalam gambar a).  HAHA?

7. Muka Charles dalam gambar a) macam Monalisa. Adik-beradik ke?

8. Kulit muka Charles Darwin masa muda putih kemerah-merahan.
(Ini bukan satu pujian. Aku hanya memuji orang yang layak mendapat pujian dari aku. HEHEH)





BENGANG?
Jangan begitu,
aku lagi bengang
sebab satu hape yang dia tulis
 pasal Charles Darwin tu
 aku langsung tak kurang faham!   (-_-")

Aku Punya Pagi

Assalamualaikum terengganu.


Bangun pagi ni.. huarrrrrrrrhhh a'uzubillahiminasyaitanirrajim...
Kayaknya sama aja pagi ini sama pagi-pagi yang kemaren.
Today, sekali lagi aku akan spend time macam biasa kat rumah...
nanti dalam pukul 12 aku akan siapkan adik bongsu aku (memang aku ader sorang je pun adik) untuk ke sekolah.. lepas tu menanak nasik. umi keje. abah keje. abang sekolah. aku je la yang free. ('free' betol.)
lepas tu masuk waktu zohor, solat. (hehehe aku sdg mempraktikkan diri aku solat di awal waktu sekarang nih, bangga btol.) lepas tu get ready nak tengok house of joy-NTV7. pastu alisa-TV3. bersambung pulak dgn stairway to heaven-TV3. (aku lagi suka yg korea punye.) lepas tu free la memanjang. tunggu masuk waktu Asar. masuk watu, solat. lepas tu sambung dgn aktiviti aku yg biasa, sama ada dengar radio, baca buku, tengok tv, baca buku, online.


kalau ikutkan biasanya aku baca buku je. aku suka baca buku. aku suka tambah ilmu. ilmu sedap. enak. enak dimakan begitu sajaaaa. aku suka buku. dalam bilik aku bertimbun timbun buku. nak tidur tengok buku, bangun tidur pun tengok buku. lepas mandi tengok buku. aku suka mengkaji fakta2 yang aku baru tahu, melalui buku. real books. bukan la buku yg kita baca ikut screen computer nih, yang kalau nk tengok bawah scroll scroll. nak turn next page kena tekan arrow. hisshh tak suke lah, bukan untuk aku. (tak kesah lar korang nak kata aku ni tak berkembang maju macam teknologi kita ke apa ke i don't give a damned damn!) aku suka menyentuh buku yang betul-betul buku. yang dilahirkan sebagai buku, dan mati pun sebagai buku. aku suka baca buku yang complicated untuk dibaca. aku  suka menyukai apa yang orang lain tak suka. sebab tu lah aku suka diri aku, sebab realitinya ramai yang tak suka aku. aku tak kesah.. hidup mati aku bukan nya bergantung pada pendapat orang lain terhadap diri aku pun.. yang penting apa yang aku, dan Allah tahu tentang diri aku.


Aku lain. Aku tahu aku lain. Aku sangat tahu.


Aku 15 tahun. HAHA saja je nak share dengan pembaca-pembaca sekalian (walaupun kenyataannya hanya aku sorang yang baca segala apa yang aku tulis nih) bahawasanya aku telah melangkah keluar dari medan perang (PMR) dan sekarang aku hanya bertawakkal dan berserah kepada Allah sepenuhnya; berjaya atau tidak. Aku menginginkan straight As. Bagi aku, kalau aku tidak dapat 8A, dan hanya 7A1B sekalipun, aku menganggap diri aku telah TEWAS.


Aku tewas.


Abah dan umi menyekolah kan aku sedari kecik bukan untuk aku tewas. Aku tak ingin tewas. Aku tak ingin tumpas. Aku tak rela tewas. Tapi aku hanya manusia, hanya mampu merancang. Aku hanya merancang untuk berjaya, tapi Allah yang menentukan segalanya.


(eh how come tiba2 aku jadi emotional pagi2 buta camnih??! gila bangat!)
ok berhenti di situ!






facebook


pagi ni aku bukak email aku:


Hello **********!
5 unread emails in your inbox
(tekan inbox)
Facebook.......*** suggested you like....
Facebook.......*** wants to be friends on...
Facebook.......*** commented on your...
Facebook.......you have 1 friend with a birthday
Facebook.......*** wants to be friends on...


(5 emails selected)
(delete)
(tekan What's New)
(scroll bawah, stop at updates)
(tekan f )
(tengok updates kawan2 aku yang nyatanya tak tidur malam semalam)




***:nak tido lu, setelah seharian xtido..



***:what's wrong with today??


***:huarhhhh ngntuknye pagi ni.. nk msuk tdo dlu yeah, gudnite.


***:xtido g pagi nih!!!  [via Celcom SMS]


***:mata cengkung. pipi cengkung. out to bed. night all!


***: sekolah + takde hape nk dibuat= baek duk umah tido..


***:For the rest of my life I`ll be with you I`ll stay by your side honest and true Till the end of my time I`ll be loving you. loving you
(aku: ni pehal pulak mamat ni jiwang karat pagi2 lg nih.. rindu kat aku ker...)


***: mata xngntuk lagi..                             (5 hours ago)


***: b! i love you forever..
(aku mengeluh panjang. huhhhh)


*** is in a relationship with ***
(aku mengeluh lagi)


***: weh bengong . mu tahu dok aku sayang mu nih.. mu dgor dok..


*** is single.
(weh aku pun single jugak tkde la nk heboh kat satu mlysia..  =_=)


***: he is sooooo cute.. soooo cute.. kayyy, saranghae
(arhhh, takkan aku kena pakai purdah kot lepas ni?   -HAHA let's laugh)


*** was tagged in ***'s album


***: aku lapoo


***: heheh, love him..
(sorry i'm too good to reply your love.  AHAHA)


***: assalamualaikum kpd penghuni fb, sy mtk maaf kalu ade silap salah..
(apology accepted)


***:what i want u to want, what i want u to feel.


***: because of you, my heart wears armor.
(weh budak2 kalau lepas PMR memang jadi jiwang semuanya ehh? huh kembang tekak akuu)


***: about an hour ago,i saw him wif his car...if he knows how much i miss him,what so hepy i am...=(
(awak, jangan rasa hati.. tapi, your english is poor. HAHAHAHAHAH kejam btol lah aku nih)


***: arrghh... y this happen?? i hate this... it's makes me crazy... i like both... but i don't know which one i like more..... ahhh.... y this happen to me... T_T
(ehemmm.. i hope u know how much i hate to say this, but emmm... i'll be the happiest person on earth if u really are CRAZY)

***: i love ***

------------------------------------------------------------------------------

lepas tu hampir saja aku brhenti menscrollkan mouse aku, sedih betol tengok facebook. banyak betol....... yang tk baik.


(will be continued)

-----------------------------------

(and is now continued)

ok. hampir, hampir saja aku berhenti meneruskan kerja aku menscrollkan tikus putih aku tuh, aku terbaca satu post:

IM A MUSLIM & IM PROUD: "Be not sad, surely Allah is with us" (Quran 9:40)

Aku tersenyum sendiri. Allah. Sedari tadi aku mencari nama Kekasih sejati aku tuh dkat post2 orang lain, akhirnya baru ketemu.
Something that's worth onlining for.

Then aku online facebook, dan tekan 'Im a Muslim & Im proud'.
Aku adalah seorang muslim, dan ya aku bangga menjadi seorang muslim. sebab tu aku tekan.

Habis menjelajah page tu. Alihkan pandangan mata aku ke chat list.
Tertulis kat situ:  Chat (10)
0_0  tkde keje sgt dah ke budak2 ni. lepas tu baru aku tersedar rupa rupanya aku pun tengah online.
aku taknak tergolong dalam golongan orang2 yang sengaja 'mentiadakerjakan' diri mereka, jadi aku
(account)
(logout)

Aku pun tekan-tekan keypad, menulis setiap apa yang ada dalam otak aku.


AKU TELAH MATANG.